Lawatan kedua Obama ke Malaysia: Apa yang anda perlu tahu setelah Aif Force One mendarat di Lapang Terbang Subang Jjam 3 Petang Tadi?

Barack Obama dijangka akan tiba di Lapangan Terbang TUDM Subang pada Jumaat. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Lawatan kedua Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke Malaysia dijangka menimbulkan beberapa persoalan penting berhubung agenda utama yang sedang hangat diperkatakan di dalam negara.

Pemangku Keselamatan Nasional Amerika Syarikat, Ben Rhodes dalam laporan agensi Khamis berkata pemimpin dunia itu akan menyentuh beberapa perkara termasuk status pihak pembangkang dan hak asasi manusia.

"Saya akan berterus-terang tentang beberapa perkara yang tidak dipersetujui dan perbezaan-perbezaan yang timbul terutamanya jika kita dapat mengenalpasti beberapa nilai universal yang tidak disokong atau dihormati," kata Rhodes kepada media di Sidang Kemuncak APEC ke-23 di Manila, Khamis.

Obama berada di Malaysia selepas beliau menghadiri mesyuarat APEC (di Manila) yang berakhir pada Khamis.
Obama

Presiden Obama bersama Datuk Seri Najib Razak sewaktu lawatan kali pertama Obama ke Malaysia April tahun lalu. - Gambar Astro AWANI

Beliau dijadual akan menghadiri acara khas, US-Malaysia Bilateral Meeting yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak di ibu negara pada petang Jumaat.

Obama dijangka tiba di Lapangan Terbang TUDM, Subang, Selangor pada kira-kira jam 3 petang, Jumaat.

Kali pertama Obama mengadakan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur ialah pada 26 April, 2014.

Teruskan bacaan di Lawatan kedua Obama ke Malaysia: Apa yang anda perlu tahu setelah Aif Force One mendarat di Lapang Terbang Subang Jjam 3 Petang Tadi?
Lawatan kedua Obama ke Malaysia: Apa yang anda perlu tahu setelah Aif Force One mendarat di Lapang Terbang Subang Jjam 3 Petang Tadi? Lawatan kedua Obama ke Malaysia: Apa yang anda perlu tahu setelah Aif Force One mendarat di Lapang Terbang Subang Jjam 3 Petang Tadi? Reviewed by Mr Scooby on Friday, November 20, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.