'BORINGNYA, HUSBAND OUTSTATION LAGI, ADA NAK TEMANKAN?'

Gambar kiri (hiasan) seorang kerani dirogol sebelum dibunuh di Johor.

Berkenaan kes samun, rogol dan bunuh di Muar, Johor, saya nak mengambil kesempatan ini untuk berkongsikan beberapa tips keselamatan di Facebook kepada anda semua terutamanya kaum hawa. Ini tiada kaitan dengan kes tersebut namun saya hanya ingin berkongsikan:

1. KURANGKAN SELFIE

Kita tidak tahu jika selama ini setiap kali anda memuat naik gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Bila sudah lama, mereka jatuh cinta pada anda. Mereka juga telah berangan untuk 'bersama' dengan anda dan mahu menjadikan anda milik dia. Jangan kata mustahil, pada zaman ini manusia sudah menjadi semakin gila.

2. JANGAN 'CHECK IN' RUMAH SENDIRI

Tolong jangan check in alamat rumah sendiri yang mendedahkan secara terperinci lokasi kediaman anda dengan tepat. Ini kerana pada bila-bila masa sahaja penjenayah boleh datang ke rumah anda.

3. JANGAN MUAT NAIK STATUS 'BERSEORANGAN' DI RUMAH

Sudahlah check in alamat kediaman sendiri, siap memberitahu satu dunia yang anda berseorangan di rumah.

"Boringnya, my husband out station lagi. Tinggal dengan anak bulus saja. Ada yang nak teman?"

Sebentar lagi ada yang benar-benar datang temankan baru nak menyesal bagai. Kalau yang jenis tak pernah check in pun perlu elakkan beritahu yang anda berseorangan di rumah. Ini kerana ada rakan di luar alam maya yang tahu rumah anda dan bukan semua rakan yang kita kenali baik orangnya.

4. JANGAN POST NOMBOR PENDAFTARAN KERETA

Ye, kereta itu atas nama awak, hasil titik peluh awak. Kalau nak muat naik gambar, sekurang-kurangnya tutup nombor pendaftaran. Bahaya sebab dari nombor pendaftaran kereta saja boleh tahu semua personal detail kita. Kalau info itu dapat pada orang jahat? Lagi sadis.

5. JANGAN SIBUK NAK CHECK IN SEMUA TEMPAT YANG HENDAK DITUJU

Sampai di pejabat, check in 'Tingkat 73 KLCC'. Lunch time, check in di 'Kedai Mamak Belakang KLCC'. Habis kerja pergi joging pun check in, 'Taman KLCC'. Nak bali krumah pun check in, 'Jem di AKLEH' sambil berselfie nampak muka cantik dan logo kereta mahal di stereng. Sampai di rumah check in lagi, 'Sampai dah my home sweet home, No 38-4-7, Kondo Mewah, Jalan Orang Kaya, Kuala Lumpur'.

Bahaya gila. Lagi-lagi kalau status Facebook anda diset kepada public. Satu dunia boleh tahu pergerakan anda.

6. HADKAN APA YANG PERLU DIKONGSI DI FACEBOOK

Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak perlu muat naik di Facebook. Dapat bonus RM10,000, seeloknya jangan muat naik di Facebook. Jangan terlalu mempamerkan kemewahan dan kekayaan anda di Facebook. Bukan sebab tak mahu orang lain kata riak, itu isu lain. Tetapi ini adalah demi keselamatan anda dan sekeluarga.

Harap bermanfaat. Semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk dan kejahatan manusia. - Cik Puan Nurul.

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Sumber
'BORINGNYA, HUSBAND OUTSTATION LAGI, ADA NAK TEMANKAN?'  'BORINGNYA, HUSBAND OUTSTATION LAGI, ADA NAK TEMANKAN?' Reviewed by Mr Scooby on Tuesday, November 17, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.