TAYANGAN perdana filem dokumentari Ronaldoberlangsung meriah pada Isnin di London. Filem itu memaparkan perjalanan hidup bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran ramai personaliti ternama termasuklah bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson dan beberapa lagi nama besar dalam arena bola sepak seperti Jose Mourinho, Carlo Ancelotti, Radamel Falcao, Gary Neville dan Louis Saha.
Turut hadir adalah ibu Ronaldo, Maria Dolores Aveiro dan anak lelakinya, Cristiano Ronaldo Jr.
Sementara menantikan filem itu menemui peminat Ronaldo di negara ini, mari kita lihat beberapa perkara menarik yang tentang filem ini.
1. Diarahkan oleh James Gay-Rees yang pernah mengarahkan sebuah dokumentari sukan berprofil tinggi, Senna yang memaparkan kehidupan pemandu lagenda Formula One, Ayrton Senna.
2. Penggambaran mengambil masa 14 bulan sejak bermula tahun lalu.
3. Banyak pendedahan eksklusif dibuat Ronaldo dalam filem ini, termasuklah bagaimana ibunya pernah berhasrat 'membuangnya' (menggugurkan kandungan) sewaktu hamil.
4. Ronaldo turut bercerita pengalamannya melihat mendiang bapanya bergelut dengan ketagihan alkohol.
5. Kapten pasukan bola sepak kebangsaan Portugal itu juga mendedahkan dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang identiti ibu anaknya, dan tidak akan melakukannya walaupun didesak.
6. Biarpun ramai melihat bintang Barcelona, Lionel Messi sebagai seterunya, namun Ronaldo menganggap Messi sebagai manusia biasa. Pun begitu, Ronaldo mengakui kejayaan Messi memenangi Ballon d'Or sebanyak empat kali membuat dia merasa tercabar.
7. Ketika ditanya mengapa filem itu tidak memaparkan hubungannya dengan peragawati Irina Shayk(yang berakhir Januari lalu), Ronaldo berkata pihak penerbit tidak merasakan perkara itu sebagai bahagian penting dalam hidupnya.
Sumber
Filem 'Ronaldo': 7 perkara penting untuk diketahui peminat CR7
Reviewed by Mr Scooby
on
Wednesday, November 11, 2015
Rating:
No comments: