Luahan sayu Tauke Jambu atas pemergian sahabat karibnya Yus Jambu

 
Ketika pihak wartawan mendekati pelawak terkenal iaitu Taukey Jambu dan ingin dia kongsikan perasaan.... dan dalam keadaan menangis tersedu-sedu Taukey berkata dia tak mampu lagi untuk menjawab soalan... dia tak mampu tanpa Pak Yus.... bukan sahaja Taukey tapi artis lain juga di lihat seperti terlalu sebak masing-masing meratapi pemergian Pak Yus... terutama rakan karibnya juga iaitu Afdlin Shauki

Kuala Lumpur: Pelawak terkenal, Yussry Edoo, 39, atau Yus Jambu meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas, kira-kira 12 tengah malam tadi. Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan),

Ahmad Abdullah, berkata Yus terbabit dalam program Raja Band anjuran Karyawan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka, malam tadi.

"Allahyarham mengadakan persembahan bersama kumpulannya iaitu Lima Bara sebagai artis jemputan. Selepas menyanyi tiga lagu, arwah terus pulang pada 11.30 malam.

"Kira-kira setengah jam kemudian kami terkejut apabila pembantu peribadinya memaklumkan beliau dikejarkan ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia," katanya.

Sumber
Luahan sayu Tauke Jambu atas pemergian sahabat karibnya Yus Jambu Luahan sayu Tauke Jambu atas pemergian sahabat karibnya Yus Jambu Reviewed by Mr Scooby on Monday, November 30, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.