4 GAYA ‘SELFIE’ YANG BUAT ORANG MENYAMPAH..YANG NO 4 TU KORANG RAMAI YANG BUAT..LAGI-LAGI RETIS !!! CHOII

SELFIE kini menjadi kebiasaan bagi setiap individu dan bukanlah satu perkara yang pelik. Malah, kian ramai yang sering berkongsi gambar selfie tak kira di mana sahaja.

Tapi, sedar tak ada jenis-jenis selfie yang bila kita tengok je, rasa menyampah? Sememangnya bukan semua yang kita pos di media sosial orang suka. Ada juga yang membuatkan orang rasa meluat..

Di sini kami kongsikan antara jenis selfie yang buat orang rasa menyampah!

1. Selfie Pura-Pura Tidur
Yang ni memang sahih ramai yang menyampah, buat-buat macam tidur lepas tu selfie. Memang kantoilah kalau dah terjongket macam tu. Lagi teruk kalau ada pembalikan cahaya yang buat anda kantoi terang-terangan..

2. Selfie Bajet Cute

Kalau sekali-sekala pos gambar buat memek muka macam budak-budak, memanglah comel. Tapi kalau hari-hari cara yang sama, orang tengok pun meluat. Tak comel okay kalau hari-hari macam tu?
3. Selfie Muncung Itik
Jenis selfie muncung itik ni memang dari dulu kena kutuk. Kalau yang perempuan buat, mungkinlah boleh dimaafkan. Kalau tiba-tiba lelaki yang pos selfie macam ni, memang dah nazak sangat tu.

4. Selfie Di Gim

Ni memang gambar yang biasa kita tengok dekat laman sosial. Pergi gym, selfie untuk tayang badan yang berketul-ketul tu macam nak perhatian dan pujian. Memang orang menyampah lah kalau hari-hari ‘done workout’ kot!

– MYNEWSHUB.C
4 GAYA ‘SELFIE’ YANG BUAT ORANG MENYAMPAH..YANG NO 4 TU KORANG RAMAI YANG BUAT..LAGI-LAGI RETIS !!! CHOII 4 GAYA ‘SELFIE’ YANG BUAT ORANG MENYAMPAH..YANG NO 4 TU KORANG RAMAI YANG BUAT..LAGI-LAGI RETIS !!! CHOII Reviewed by Mr Scooby on Sunday, December 27, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.