“Insya-Allah, perancangan untuk berkahwin kalau tiada aral melintang pada tahun depan. Saya mungkin akan terus kahwin dan tiada majlis bertunang. Saya mengenali wanita tersebut sudah dua tahun dan kalau sampai masanya saya akan beritahu kepada umum,” jelasnya kepada mStar Online.
Tambah Shiro, dia mengambil masa yang lama untuk kembali mendirikan rumah tangga kerana masih trauma dengan dengan kisah silam namun turut berharap agar perkahwinannya kali ini akan kekal sehingga akhir hayat.
“Bukan senang menjalani kehidupan berumah tangga, secara jujurnya saya masih trauma dan berasa takut untuk melaluinya sekali lagi. Kalau boleh biarlah kali ini sampai ke akhir hayat,” katanya.
Shahrol telah pun bercerai kira-kira lapan tahun lalu iaitu selepas tiga tahun mereka mendirikan rumah tangga dan mereka dikurniakan anak lelaki Muhd Adam Danish, berusia tujuh tahun.
Sumber di http://www.rotikaya.com/shahrol-shiro-tamat-zaman-duda-tahun-hadapan/
Shahrol Shiro Tamat Zaman Duda Tahun Hadapan, Belum Sedia Kenalkan Bakal Isteri
Reviewed by Mr Scooby
on
Thursday, December 17, 2015
Rating:
No comments: