Jika sebelum ini, pelakon popular era 1990-an, Lydiawati pernah menjelaskan situasinya yang sering diganggu oleh seorang wanita kepada
Harian Metro. Namun, hari ini, Lydiawati hilang sabar dan memuatnaik dua bahagian video wanita yang didakwa sebagai pengkid itu dibelasah.
āSaya sudah tidak tahan diganggu beratus-ratus panggilan telefon dan SMS berunsur gangguan seks saban hari. Saya mulanya tidak syak apa-apa. Dia mendakwa peminat saya dan sanggup berbuat apa sahaja termasuk membelikan rumah serta membiayai kehidupan sayaā
āDia mengaku mempunyai harta dan aset ratusan juta ringgit di luar negara serta berkawan dengan selebriti terkenal di luar negara,ā memetik kata-kata Lydiawati sebelum ini kepada Harian Metro.
Menurut Lydiawati di
Facebooknya, dia mempunyai alasan sendiri mengapa memuatnaik video berkenaan selain menjelaskan bahawa kes tersebut sebenarnya sudah menjadi kes polis. Sementara wanita yang didakwa berasal dari Brunei tersebut kini melarikan diri.
Sumber : http://www.rotikaya.com/lydiawati-muat-naik-video-belasah-pengkid-hilang-sabar/
No comments: